BBM 3410: Ketika & Kalimat

    Ini adalah penulisan bersifat penceritaan. Di sini saya nak menceritakan serba sedikit pengalaman yang saya hadapi sepanjang bergelar pelajar di kursus Multimedia dalam bahasa. Sebenarnya kursus ini bagi pandangan saya pada awalnya amatlah mudah kerana tidak terbeban dengan tugasan yang berbentuk penulisan yang mempunyai beribu-ribu patah perkataan. Jadi semua pelajar berfikiran bahawa kursus ini mudah dan mempunyai pensyarah yang sempoi dan sebagainya. Namun selang beberapa minggu, banyak pula tugasan secara teknikal ini diberi yang memerlukan pelajar rakam, tangkap gambar, rakam tangkap gambar dan begitu sehingga ke hujung. Tapi pengajaran yang boleh saya dapat dalam kursus ini sangatlah membantu saya dalam proses pengambilan gambar. Banyak ilmu yang saya perolehi memandangkan saya memang cintakan tentang keindahan dalam gambar atau foto. 

    Sebenarnya dalam tugasan berkumpulan yang dilakukan, ada perselisihan faham yang berlaku di antara ahli kumpulan. Misalnya, saya memang ahli kumpulan yang tidak pulang ke kolej kediaman dan duduk di rumah sepanjang semester ini. Jadi bagi saya tiada masalah sekiranya saya tidak pulang ke kolej dengan melakukan kerja yang boleh dilakukan di rumah sahaja. Banyak faktor yang mendorong saya untuk  tidak pulang ke kolej kediaman. Ada suatu ketika tugasan berkumpulan banyak dilakukan dan saya masih dirumah, jadi saya asyik diarahkan untuk menjadi editor dan pembahagian tugas yang tidak adil bagi saya. Namun ahli kumpulan lain yang berada di kolej hanya mengikut arahan menjadi apa? Hanya menjadi pelakon yang tanpa suara. Bagi saya duduk di kolej itu lebih lengkap untuk segala hal, di rumah ini siapa mahu untuk rakamkan, kekangan komitmen lagi. Masa itu bertikam lidah juga kami antara kumpulan sebab ada seorang yang keras kepala hanya inginkan semua orang dengar cakap dia. Untuk pensyarah pula, pada saya memang tiada masalah sebab sesi pengajaran berjalan dengan lancar dan pensyarah sememangnya menjalankan tugasnya sebagai pensyarah kerana setiap kali kelas mesti akan ada tugasan nyah. Aduhai pishang gak tapi tula dengan tugasan secara pratikal ni lah kita dapat mengetahui kelemahan dan kelebihan kita kan. Pada mulanya, pandangan saya terhadap Prof. sememangnya agak takut lah sebab suara prof yang lantang dan secara bersahaja apabila menegur pelajar. Rupanya itulah sifat Prof dan kelamaan menjadi kebiasaan kepada kami. 

BBM 3410: Resensi Buku Multimedia dalam Bahasa (BAB 1 )

 


    Ini adalah rakaman video bagi tugasan individu iaitu resensi buku Multimedia dalam Bahasa untuk Bab 1. Buku ini ditulis oleh Normaliza Abd Rahim. Untuk hasilkan satu video bagi saya tidak susah sebab saya memang sukakan bahagian editing, apa apa yang berkaitan dengan digital. 

Tugasan BBM3410 2021/2022

Minggu 1

Biodata Diri


Minggu 2

Elemen Asas Grafik

Post Instagram : Dia


Minggu 3

Asas Fotografi

Post Instagram: Kesibukan & Ketenangan


Minggu 4 

Asas Fotografi

Close - Up Emosi

Resensi Buku Bab 1


Minggu 5 

Peta Minda Flatlay

Asas Fotografi Flatlay

Post Twitter: Nilai Estetika

Post Instagram: Keinsafan


Minggu 6

Swafoto

Wefie

Simpulan Bahasa


Minggu 7

Video One Shot

Post Instagram: Gembira

Post Instagram: Fokus

Post Twitter: Ruang

Post Facebook: Suasana


Minggu 8 

Video One Shot Two Layer

Video One Shot Three Layer

Post Tiktok: HFMD


Minggu 9

Video Fokus / Tanpa Wajah

Video Lagu Dua Insan

Post Instagram: Teka Teki

Post Twitter: Kata Hikmah

Post Facebook: Nasihat Ibu

Senaman Ringkas


Minggu 10 

Video Tragedi

Video Seram

Account LinkedIn


Minggu 11

Video Setempat

Video Dokumentari

Infografik Media Sosial


Minggu 12

Podcast

Resensi Buku Multimedia dalam Bahasa


Minggu 13 


Minggu 14 

Post Blog: Ketika & Kalimat

Kuliah 22 Jun 2022


Pada minggu ini, prof mengajar dan memberi arahan mengenai tugasan yang perlu dilakukan oleh pelajar. Namun semasa prof sibuk memberi arahan dan mengajar kami, terlepas sesi bergambar untuk kehadiran. Jadi, prof meminta untuk bergambar dengan buku Multimedia dalam bahasa. 

 

Kuliah 24 Jun 2022

 



Pada minggu ini, pelajar di minta untuk membentangkan tugasan individu iaitu berkaitan podcast pilihan. Podcast yang saya pilih adalah Seismik Podcast. Saya juga membentangkan tajuk mengenai pendidikan seksual di sekolah. Kumpulan saya iaitu Va production. Di dalam kuliah ini, dua kumpulan iaitu atma production dan va production membentangkan kerana pada waktu kuliah sebelum ini, kumpulan kami tidak sempat untuk membentangnya. 

Kehadiran Kuliah 17Jun 2022

 


Gambar di atas merupakan bukti kehadiran kuliah pada tarikh 17 Jun 2022. Gaya yang diperlukan untuk pelajar membuat ialah gaya memegang telefon bimbit di bahagian pipi kanan. Gaya ini pun saya tak faham motif sebenarnya. Mungkin saja nak tunjuk tengah guna phone jenama dan model apa hahaha

BBM3410 : Kehadiran Kuliah

 


Kuliah ini merupakan kuliah pada tarikh 8 Jun 2022. Bukti kehadiran pada kuliah ini, pelajar diminta untuk melakukan gaya peace di pipi kanan. Idea bagi gaya ni kalau bukan Prod Dr. Normaliza siapa lagi kan haha

Bukti kehadiran kuliah 29 Jun 2022

 


Gambar di atas adalah bukti kehadiran bagi kuliah minggu ke-14 iaitu pada tarikh 29 Jun 2022. Pada minggu ini, pelajar diminta untuk membentangkan tugasan terakhir yang bertajuk resensi buku Multimedia dalam Bahasa. Pada minggu ini juga, 4 kumpulan diminta untuk membentangkan iaitu kumpulan SaPe Production, Kjk Production, Romulo Production dan Atma Production. Setiap kumpulan di beri masa selama 30 minit untuk membentangkan tajuk tersebut. 

Semua pelajar yang terlibat dalam pembentangan mengikut masa yang diberikan tanpa memgambil masa kumpulan lain. Hebat kan!

Kehadiran Kuliah Minggu 14

 Bukti kehadiran kuliah pada minggu ke-14 iaitu pada tarikh 01/07/2022



Pada minggu terakhir ini, kami perlu membentangkan tugasan berkumpulan yang bertajuk resensi buku Multimedia dalam Bahasa. Kumpulan kami merupakan kumpulan Va Production yang perlu membentangkan tugasan pada hari amali iaitu hari jumaat kerana pada hari kuliah, kumpulan kami tidak sempat untuk membentangkan kerana waktu yang singkat. 

Kumpulan Va production ini boleh dikatakan kesemuanya terdiri daripada ahli perempuan sahaja. Oleh sebab itu, slide pembentangan kami juga bertemakan warna pink!

Tugasan BBM3410 2021/2022

Minggu 1

Biodata Diri


Minggu 2

Elemen Asas Grafik

Post Instagram : Dia


Minggu 3

Asas Fotografi

Post Instagram: Kesibukan & Ketenangan


Minggu 4 

Asas Fotografi

Close - Up Emosi


Minggu 5 

Peta Minda Flatlay

Asas Fotografi Flatlay

Post Twitter: Nilai Estetika

Post Instagram: Keinsafan


Minggu 6

Swafoto

Wefie

Simpulan Bahasa


Minggu 7

Video One Shot

Post Instagram: Gembira

Post Instagram: Fokus

Post Twitter: Ruang

Post Facebook: Suasana


Minggu 8 

Video One Shot Two Layer

Video One Shot Three Layer

Post Tiktok: HFMD


Minggu 9

Video Fokus / Tanpa Wajah

Video Lagu Dua Insan

Post Instagram: Teka Teki

Post Twitter: Kata Hikmah

Post Facebook: Nasihat Ibu

Senaman Ringkas


Minggu 10 

Video Tragedi

Video Seram

Account LinkedIn


Minggu 11

Video Setempat

Video Dokumentari

Infografik Media Sosial


Minggu 12

Podcast

Resensi Buku Multimedia dalam Bahasa

Video Dokumentari: Va Production

 Selamat Menonton



Video Seram

 Selamat Menonton



Resensi Buku Multimedia dalam Bahasa


Di bawah adalah pautan bagi slide kumpulan Va Production:



Slide Pembentangan

Podcast

 



 Bagi kuliah minggu ini, kami diminta untuk menyediakan satu pembentangan berkaitan podcast mengenai tajuk yang telah dipilih. Tajuk tersebut hendaklah tidak boleh sama dengan ahli kelas yang lain dan sebolehnya disampaikan dalam bahasa Melayu. Kami perlu mencari satu podcast berdurasi 15 minit dan ke atas, mendengar dan memahami isi yang disampaikan, seterusnya menyediakan slaid pembentangan untuk disampaikan selama lima atau tujuh minit.

    Namun persoalannya, apa itu podcast? Podcast ialah fail digital dalam bentuk audio yang pendengar boleh dapati di pelbagai platform seperti YouTube dan Spotify. Podcast telah digunakan secara meluas oleh orang ramai untuk mendengar perkongsian pengetahuan dan pengalaman yang boleh didengari secara berulang-ulang. Malah, pendengar juga boleh mendengar podcast atas faktor fleksibiliti tanpa mengira masa dan tempat, yang jelas menunjukkan perbezaan dengan radio.

Berikut merupakan pautan Google Drive slaid pembentangan individu tugasan ini:

https://drive.google.com/drive/folders/1Zc98e2B00DYxNbbQR8gROkVlz6Ly-tzC

Video Tragedi

 Selamat Menonton 



Video Lagu Dua Insan Bercinta

 Selamat Menonton 




Video Fokus / Tanpa Wajah


 

BBM3410 : Post Instagram "Kesibukan" & "Ketenangan"

 Gambar Instagram Kesibukan 




Kepsyen Instagram Kesibukan


Gambar & Kesyen Instagram Ketenangan




BBM3410 : Instagram Post (DIA)

 

Gambar Instagram (DIA)


Kepsyen Instagram 




BBM 3410 : ELEMEN ASAS GRAFIK

 ELEMEN GRAFIK


Gambar di bawah diperolehi daripada hasil tangkapan sendiri:



Elemen: Kesesuaian     Tema: Pemandangan

Lokasi: 
Pulau Perhentian, Terengganu

Huraian:
    Gambar yang ditangkap adalah bersesuaian dengan tujuan yang ingin disampaikan. Gambar di atas diperolehi bertujuan untuk menikmati pemandangan yang tenang dan cantik. Kesesuaian sampan dan kanak-kanak sedang mendayung sampan bersesuaian dengan tempat di mana mereka tinggal. Pulau perhentian telah menjadi satu perkampungan nelayan untuk kehidupan mereka yang jauh dari permukaan darat. Pulau Perhentian juga merupakan tempat percutian yang cantik dan sesuai untuk menghilangkan tekanan dan menikmati keindahan alam semula jadi. 



                                                          


Elemen: Teks     Tema: Taman Rekreasi 

Lokasi: 
Bukit Ekspo, Pusat Pertanian Putra, UPM

Huraian: 
    Gambar di atas ditangkap menerangkan bahawa tempat tersebut adalah kawasan rekreasi. Tujuan teks diwujudkan di kawasan bukit yang tidak sama dengan keadaan rumput yang rata kerana ingin menunjukkan perbezaan. Bukit Ekspo terkenal dengan kawasan rekreasi yang luas dengan rumput hijau yang segar dan cantik. Ia juga merupakan kawasan bersenam untuk para pelajar, pensyarah dan orang ramai. Tempat ini juga dipenuhi dengan beberapa kolam yang menempatkan pelbagai jenis ikan. 


Elemen: Mudah         Tema: Kedai Makan

Lokasi: 
Boat Noodle, Jerteh, Terengganu

Huraian:
    Gambar di atas memperlihatkan bahawa ini adalah tempat untuk menjamu selera iaitu kedai makan. Gambar di atas dapat dikenal pasti dengan mudah kerana kedudukan kerusi dan meja makan yang banyak dan selari. Kedai makan sahaja yang mempunyai posisi begitu. Peralatan seperti sudu, tisu, kicap dan sebagainya di atas meja mkan menunjukkan bahawa itu adalah kedai makan. Boat Noodle ini terkenal dengan makanan yang asaskan mee menggunakan resepi Thailand. 


Elemen: Warna     Tema: Taman Permainan

Lokasi: 
Taman Permainan Tasik Y, Batu Pahat, Johor

Huraian: 
    Gambar di atas ialah gambar di sebuah taman permainan. Taman permainan terkenal dengan pelbagai jenis perminan terutamanya permianan gelonsur. Di sini dapat dilihat terdapat pelbagai jenis warna seperti warna biru, merah, kuning, jingga, hijau, hitam dan sebagainya. Warna-warna ini akan menarik perhatian kanak-kanak untuk bermain. 


Elemen: Keseimbangan     Tema: Taman Rekreasi

Lokasi: 
Bukit Ekspo, Pusat Pertanian Putra, UPM

Huraian:
    Gambar di atas memperlihatkan keseimbangan antara sisi kiri, kanan, atas dan bawah. Posisi jalan yang berada di depan dan tengah ini memperlihatan keseimbangan yang sempurna. Imej jalan yang besar di hadapan dan kecil di belakang juga seimbang. Pembahagian ruang atas dan bawah yang mempunyai rumput di bawah dan awan biru di atas. Ruang kiri dan kanan juga dipenuhi dengan pokok hijau yang besar dan selari. 



ELEMEN GRAFIK

Gambar di bawah diperolehi daripada sumber internet: 


                                            


Elemen: Mudah     Tema: Pemandangan

Rujukan: 
https://englshbura.blogspot.com/2021/05/gambar-pemandangan-laut.html

Huraian: 
    Gambar yang dipilih adalah gambar di mana audien mudah untuk mengenali bahawa gambar tersebut di kawasan peranginan iaitu di sebuah pulau. Gambar ini dapat dilihat terdapat sebuah bot atau sampan di bahagian hadapan gambar dan sebuah pulau yang didiami tumbuhan hijau di bahagian belakang gambar. Gambar yang mudah di fahami dan dikenal pasti ini tidak terlalu dikelilingan dengan imej lain kecuali pokok, bot, air laut, awan dan langit. 



Elemen: Teks      Tema: Poster Pakej Pelancongan

Rujukan: http://psdfreebies.com/

Huraian: 
    Gambar poster di atas memainkan peranan untuk mempromosikan pakej dengan menggunakan gabungan elemen gambar yang bersesuaian dan penggunaan teks untuk menarik perhatian audien. Teks yang digunakan merangkumi pelbagai jenis fonts untuk setiap bahagian.  Perkataan "Holiday Trip" yang besar dan paling dominan dari segi jenis fonts dan saiz fonts itu merupakan tajuk utama bagi poster tersebut. Setiap teks yang berada di poster menerangkan setiap pakej yang ditawarkan. Manakala setiap gambar yang dipaparkan diselarikan dengan fonts bagi ketarangan disetiap pakej mengikut gambar. 


Elemen: Keseimbangan    Tema: Pemandangan Menara KLCC

Rujukan
https://www.thevocket.com/petronas-skybridge-tawar-promosi-tiket-masuk-serendah-rm20-sahaja/

Huraian: 
    Gambar di atas merangkumi elemen grafik yang seimbang kerana keberadaan bangunan menara KLCC yang berada di tengah dan dikelilingi dengan bangunan yang rendah di bahagian kiri dan kanan. Manakal di bahagian depan gambar terdapat kawasan kolam yang memanjang di bahagian tengah selari dengan kedudukan menara tersebut. Kesimbangan ini mampu menarik perhatian audien tentang kecantikan bangunan tersebut. Posisi kamera ketika diambil juga diletakkan dibahagian tengah dengan kedudukan yang sempurna. Kedudukan tumbuhan hijau di kiri dan kanan kelihatan sempurna kerana diseimbangan tanpa kecacatan saiz dan ketinggian pokok. 




Elemen: Warna     Tema: Bilik Tidur 

Rujukan: 
https://www.teahub.io/viewwp/iRxwmwx_wallpaper-untuk-perempuan/

Huraian: 
    Di dalam gambar tersebut, terdapat satu warna yang dominan iaitu warna merah jambu atau pink. Selain itu, terdapat juga warna-warna yang lain seperti putih, jingga, hitam. Kombinasi warna di dalam bilik tersebut kelihatan sesuai dan tidak terlalu padat dan menampakkan ruang bilik kelihatan luas. Penggunaan warna lembut seperti putih dan pink ini menunjukkan bahawa empunya bilik ini seorang perempuan. Lumrah seorang perempuan yang mementingkan kelembutan di setiap sudut hidupnya termasuk ruang pribadinya iaitu bilik tidur. 


Elemen: Kesesuaian     Tema: Dekorasi Ruang Dapur

Rujukan: 
https://www.99.co/blog/indonesia/gambar-dapur-cantik-sederhana-modern/

Huraian: 
    Gambar yang dipilih bersesuaian dengan alatan barangan yang ada di setiap ruang. Kesesuaian peralatan barangan dapur di letak di bahagian ruang dapur. Sebagai contoh, singki di letak di bahagian dapur supaya memudahkan proses memasak. Kemudian, terdapat juga papan pemotong yang diletak di bahagian dinding untuk kelihatan kemas dan tersusun. Setiap peralatan yang berada di ruangan dapur ini bersesuaian dengan keadaan. Dapur gas sudah semestinya perlu berada di dapur untuk memasak. terdapat juga tumbuhan hijau kecil di bahagaian dapur untuk kelihatan segar. Penggunaan warna putih di bahagian dapur cukup bersesuaian dengan saiz dapur yang agak kecil kerana ia akan menunjukkan sesuatu ruang itu kelihatan luas dan lebar. 


BBM 3410: Ketika & Kalimat

     Ini adalah penulisan bersifat penceritaan. Di sini saya nak menceritakan serba sedikit pengalaman yang saya hadapi sepanjang bergelar p...