BBM 3410: Ketika & Kalimat

    Ini adalah penulisan bersifat penceritaan. Di sini saya nak menceritakan serba sedikit pengalaman yang saya hadapi sepanjang bergelar pelajar di kursus Multimedia dalam bahasa. Sebenarnya kursus ini bagi pandangan saya pada awalnya amatlah mudah kerana tidak terbeban dengan tugasan yang berbentuk penulisan yang mempunyai beribu-ribu patah perkataan. Jadi semua pelajar berfikiran bahawa kursus ini mudah dan mempunyai pensyarah yang sempoi dan sebagainya. Namun selang beberapa minggu, banyak pula tugasan secara teknikal ini diberi yang memerlukan pelajar rakam, tangkap gambar, rakam tangkap gambar dan begitu sehingga ke hujung. Tapi pengajaran yang boleh saya dapat dalam kursus ini sangatlah membantu saya dalam proses pengambilan gambar. Banyak ilmu yang saya perolehi memandangkan saya memang cintakan tentang keindahan dalam gambar atau foto. 

    Sebenarnya dalam tugasan berkumpulan yang dilakukan, ada perselisihan faham yang berlaku di antara ahli kumpulan. Misalnya, saya memang ahli kumpulan yang tidak pulang ke kolej kediaman dan duduk di rumah sepanjang semester ini. Jadi bagi saya tiada masalah sekiranya saya tidak pulang ke kolej dengan melakukan kerja yang boleh dilakukan di rumah sahaja. Banyak faktor yang mendorong saya untuk  tidak pulang ke kolej kediaman. Ada suatu ketika tugasan berkumpulan banyak dilakukan dan saya masih dirumah, jadi saya asyik diarahkan untuk menjadi editor dan pembahagian tugas yang tidak adil bagi saya. Namun ahli kumpulan lain yang berada di kolej hanya mengikut arahan menjadi apa? Hanya menjadi pelakon yang tanpa suara. Bagi saya duduk di kolej itu lebih lengkap untuk segala hal, di rumah ini siapa mahu untuk rakamkan, kekangan komitmen lagi. Masa itu bertikam lidah juga kami antara kumpulan sebab ada seorang yang keras kepala hanya inginkan semua orang dengar cakap dia. Untuk pensyarah pula, pada saya memang tiada masalah sebab sesi pengajaran berjalan dengan lancar dan pensyarah sememangnya menjalankan tugasnya sebagai pensyarah kerana setiap kali kelas mesti akan ada tugasan nyah. Aduhai pishang gak tapi tula dengan tugasan secara pratikal ni lah kita dapat mengetahui kelemahan dan kelebihan kita kan. Pada mulanya, pandangan saya terhadap Prof. sememangnya agak takut lah sebab suara prof yang lantang dan secara bersahaja apabila menegur pelajar. Rupanya itulah sifat Prof dan kelamaan menjadi kebiasaan kepada kami. 

No comments:

Post a Comment

BBM 3410: Ketika & Kalimat

     Ini adalah penulisan bersifat penceritaan. Di sini saya nak menceritakan serba sedikit pengalaman yang saya hadapi sepanjang bergelar p...