BBM 3410: Ketika & Kalimat

    Ini adalah penulisan bersifat penceritaan. Di sini saya nak menceritakan serba sedikit pengalaman yang saya hadapi sepanjang bergelar pelajar di kursus Multimedia dalam bahasa. Sebenarnya kursus ini bagi pandangan saya pada awalnya amatlah mudah kerana tidak terbeban dengan tugasan yang berbentuk penulisan yang mempunyai beribu-ribu patah perkataan. Jadi semua pelajar berfikiran bahawa kursus ini mudah dan mempunyai pensyarah yang sempoi dan sebagainya. Namun selang beberapa minggu, banyak pula tugasan secara teknikal ini diberi yang memerlukan pelajar rakam, tangkap gambar, rakam tangkap gambar dan begitu sehingga ke hujung. Tapi pengajaran yang boleh saya dapat dalam kursus ini sangatlah membantu saya dalam proses pengambilan gambar. Banyak ilmu yang saya perolehi memandangkan saya memang cintakan tentang keindahan dalam gambar atau foto. 

    Sebenarnya dalam tugasan berkumpulan yang dilakukan, ada perselisihan faham yang berlaku di antara ahli kumpulan. Misalnya, saya memang ahli kumpulan yang tidak pulang ke kolej kediaman dan duduk di rumah sepanjang semester ini. Jadi bagi saya tiada masalah sekiranya saya tidak pulang ke kolej dengan melakukan kerja yang boleh dilakukan di rumah sahaja. Banyak faktor yang mendorong saya untuk  tidak pulang ke kolej kediaman. Ada suatu ketika tugasan berkumpulan banyak dilakukan dan saya masih dirumah, jadi saya asyik diarahkan untuk menjadi editor dan pembahagian tugas yang tidak adil bagi saya. Namun ahli kumpulan lain yang berada di kolej hanya mengikut arahan menjadi apa? Hanya menjadi pelakon yang tanpa suara. Bagi saya duduk di kolej itu lebih lengkap untuk segala hal, di rumah ini siapa mahu untuk rakamkan, kekangan komitmen lagi. Masa itu bertikam lidah juga kami antara kumpulan sebab ada seorang yang keras kepala hanya inginkan semua orang dengar cakap dia. Untuk pensyarah pula, pada saya memang tiada masalah sebab sesi pengajaran berjalan dengan lancar dan pensyarah sememangnya menjalankan tugasnya sebagai pensyarah kerana setiap kali kelas mesti akan ada tugasan nyah. Aduhai pishang gak tapi tula dengan tugasan secara pratikal ni lah kita dapat mengetahui kelemahan dan kelebihan kita kan. Pada mulanya, pandangan saya terhadap Prof. sememangnya agak takut lah sebab suara prof yang lantang dan secara bersahaja apabila menegur pelajar. Rupanya itulah sifat Prof dan kelamaan menjadi kebiasaan kepada kami. 

BBM 3410: Resensi Buku Multimedia dalam Bahasa (BAB 1 )

 


    Ini adalah rakaman video bagi tugasan individu iaitu resensi buku Multimedia dalam Bahasa untuk Bab 1. Buku ini ditulis oleh Normaliza Abd Rahim. Untuk hasilkan satu video bagi saya tidak susah sebab saya memang sukakan bahagian editing, apa apa yang berkaitan dengan digital. 

Tugasan BBM3410 2021/2022

Minggu 1

Biodata Diri


Minggu 2

Elemen Asas Grafik

Post Instagram : Dia


Minggu 3

Asas Fotografi

Post Instagram: Kesibukan & Ketenangan


Minggu 4 

Asas Fotografi

Close - Up Emosi

Resensi Buku Bab 1


Minggu 5 

Peta Minda Flatlay

Asas Fotografi Flatlay

Post Twitter: Nilai Estetika

Post Instagram: Keinsafan


Minggu 6

Swafoto

Wefie

Simpulan Bahasa


Minggu 7

Video One Shot

Post Instagram: Gembira

Post Instagram: Fokus

Post Twitter: Ruang

Post Facebook: Suasana


Minggu 8 

Video One Shot Two Layer

Video One Shot Three Layer

Post Tiktok: HFMD


Minggu 9

Video Fokus / Tanpa Wajah

Video Lagu Dua Insan

Post Instagram: Teka Teki

Post Twitter: Kata Hikmah

Post Facebook: Nasihat Ibu

Senaman Ringkas


Minggu 10 

Video Tragedi

Video Seram

Account LinkedIn


Minggu 11

Video Setempat

Video Dokumentari

Infografik Media Sosial


Minggu 12

Podcast

Resensi Buku Multimedia dalam Bahasa


Minggu 13 


Minggu 14 

Post Blog: Ketika & Kalimat

Kuliah 22 Jun 2022


Pada minggu ini, prof mengajar dan memberi arahan mengenai tugasan yang perlu dilakukan oleh pelajar. Namun semasa prof sibuk memberi arahan dan mengajar kami, terlepas sesi bergambar untuk kehadiran. Jadi, prof meminta untuk bergambar dengan buku Multimedia dalam bahasa. 

 

Kuliah 24 Jun 2022

 



Pada minggu ini, pelajar di minta untuk membentangkan tugasan individu iaitu berkaitan podcast pilihan. Podcast yang saya pilih adalah Seismik Podcast. Saya juga membentangkan tajuk mengenai pendidikan seksual di sekolah. Kumpulan saya iaitu Va production. Di dalam kuliah ini, dua kumpulan iaitu atma production dan va production membentangkan kerana pada waktu kuliah sebelum ini, kumpulan kami tidak sempat untuk membentangnya. 

Kehadiran Kuliah 17Jun 2022

 


Gambar di atas merupakan bukti kehadiran kuliah pada tarikh 17 Jun 2022. Gaya yang diperlukan untuk pelajar membuat ialah gaya memegang telefon bimbit di bahagian pipi kanan. Gaya ini pun saya tak faham motif sebenarnya. Mungkin saja nak tunjuk tengah guna phone jenama dan model apa hahaha

BBM3410 : Kehadiran Kuliah

 


Kuliah ini merupakan kuliah pada tarikh 8 Jun 2022. Bukti kehadiran pada kuliah ini, pelajar diminta untuk melakukan gaya peace di pipi kanan. Idea bagi gaya ni kalau bukan Prod Dr. Normaliza siapa lagi kan haha

Bukti kehadiran kuliah 29 Jun 2022

 


Gambar di atas adalah bukti kehadiran bagi kuliah minggu ke-14 iaitu pada tarikh 29 Jun 2022. Pada minggu ini, pelajar diminta untuk membentangkan tugasan terakhir yang bertajuk resensi buku Multimedia dalam Bahasa. Pada minggu ini juga, 4 kumpulan diminta untuk membentangkan iaitu kumpulan SaPe Production, Kjk Production, Romulo Production dan Atma Production. Setiap kumpulan di beri masa selama 30 minit untuk membentangkan tajuk tersebut. 

Semua pelajar yang terlibat dalam pembentangan mengikut masa yang diberikan tanpa memgambil masa kumpulan lain. Hebat kan!

Kehadiran Kuliah Minggu 14

 Bukti kehadiran kuliah pada minggu ke-14 iaitu pada tarikh 01/07/2022



Pada minggu terakhir ini, kami perlu membentangkan tugasan berkumpulan yang bertajuk resensi buku Multimedia dalam Bahasa. Kumpulan kami merupakan kumpulan Va Production yang perlu membentangkan tugasan pada hari amali iaitu hari jumaat kerana pada hari kuliah, kumpulan kami tidak sempat untuk membentangkan kerana waktu yang singkat. 

Kumpulan Va production ini boleh dikatakan kesemuanya terdiri daripada ahli perempuan sahaja. Oleh sebab itu, slide pembentangan kami juga bertemakan warna pink!

BBM 3410: Ketika & Kalimat

     Ini adalah penulisan bersifat penceritaan. Di sini saya nak menceritakan serba sedikit pengalaman yang saya hadapi sepanjang bergelar p...